Tuesday, November 23, 2010

Lesen Bulan

lokasi:stesyen
tangkapan:bulan.lampam,selat
ahli:jert,wan,cikgu

Pada petang tu, Wan datang ke rumah time aku sedang bersiap-siap untuk keluar menangguk anak-anak Ikan Seluang  di tali air sekitar sawah padi berhampiran rumah. Wan tanpa bnyak ckp terus follow aku. Dah puas menangguk anak-anak ikan, kami ke stesyen tengok orang memancing. 


Aku menyapa seorang cikgu yang memancing menggunakan umpan udang pasar. Hari ni la hari perkenalan aku dengan cikgu...dia boleh dianggap sifu la bagi aku...hehe!! Melihat sambaran Bulan yg begitu bnyk, aku mencadangkan agar dia menggunakan anak-anak Ikan Seluang yang aku dengan wan tangguk tadi. Lantas dia terus bersetuju dan kami menukar teknik menggunakan teknik pelampung. Anak ikan dicakukkan pada mata kail dan cikgu melontar umpan tepat pada lubuk Sang Bulan lantas mendapat sambaran tetapi rabut. Cikgu menghulurkan jorannya kepada aku untuk mencuba nasib, seperti orang mengantuk disorongkan bantal aku rembat la joran tu..haha. Sambaran pertama aku rabut, aku hulur joran kat Wan plak bagi dia try dan dia berjaya mendapat sambaran pertama lantas joran terus disentap kuat dan akhirnya Sang Bulan yang di tunggu-tunggu  berjaya di daratkan. Wan seronok sebab tu Lesen Bulan pertama dia. Tepi2 turn aku plak tuk mencuba nasib dan akhirnya aku pon berjaya gak mendaratkan Bulan pertama dalam hidup. “ Yarghhhh dapat lesen”, kami bersorak gembira dengan hasil pancingan kami yang tidak dirancang.
lesen bulan pertama wan..haha seronok!!

lesen bulan pertama jert...tq atas jasa joran cikgu


Teruja dengan asakan Sang Bulan membuatkan kami kembali pada keesokan harinya dengan bersenjatakan kekili  Apachi AP3000 digandingkan dengan joran aksi sederhana serta tali Berkley berkekuatan 15 paun bagi melayan asakan Bulan . Umpan anak-anak Ikan Seluang hidup yang dibawa pasti membangkitkan lagi selera Bulan. Teknik “casting” tidak dapat dipraktikkan di sungai tersebut memandangkan keluasan lubuknya yang begitu sempit dah terdapat banyak reba yang pastinya akan menyebabkan gewang kami terputus begitu saja. Sambaran demi sambaran kami terima daripada Bulan dan dalam masa tidak sampai setengah jam empat ekor Ikan Bulan bersaiz hidangan berjaya kami daratkan. Malangnya ikan-ikan tersebut yang di letakkan di dalam jut di hanyutkan arus deras. Empat ekor  Bulan terlepas begitu sahaja. Bagaimanapun kami terus mendapat asakan Bulan dan hasilnya tiga ekor lagi berjaya didaratkan dengan seekor daripadanya bersaiz agak memuaskan sehingga menyebabkan kelili saya mengalami sedikit kerosakan. Ikan selat dan ikan lampam juga berjaya dinaikkan sebagai bonus pada hari tersebut.
Walaupun sedikit kecewa kerana jut dan empat ekor Ikan Bulan dihanyutkan arus deras tetapi kami berpuas hati dengan hasil tangkapan yang diperolehi dan apa yang paling memuaskan hati ialah kami berjaya menambah koleksi Lesen Sukan Pemancingan kami iaitu Lesen Bulan..haha!!! Bila dilihat lokasi tempat  kami memancing memang tidak diduga disitulah terdapat banyak spesis ikan yang menjadi buruan para pemancing. Apa yang kami harapkan ialah sungai-sungai seperti ini haruslah terus dijaga dan tidak dicemari agar spesis-spesis ikan yang makin berkurangan ini terus membiak dan memeriahkan lagi Sukan Pemancingan di negara kita sampai bila-bila.

Hari kedua...lagi galak!! ni antara yg terbesar kami kaut naik...hbs rosak reel haku!!


lubok kt sini memang menjadi2 klu kena musim dia..


1,2,3...lagi 4 ekoq dah hanyut dalam jut..hari kedua semua sklali 7 bulan,1 lampam,1 selat...bezz!!

No comments:

Post a Comment